AgRicco Development

Kami juga menjalin kerjasama dengan pelbagai Agensi, Institusi, NGO dan syarikat-syarikat yang berkaitan dalam usaha membangunkan sektor pertanian. Antara program-program yang ditawarkan adalah:


Ladang Intergrasi

Melalui program ini, petani-petani yang memiliki tanah yang diusahakan seperti tanaman sawit, kelapa dan lain-lain tanaman akan diusahakan bersama-sama dengan tanaman kontan seperti pisang, ubi dan sayur-sayuran hijau atau diusahakan bersama-sama produk ternakan seperti lembu, kambing, ayam kampung dan itik (menurut syarat dan kriteria). Melalui program ini, peserta bakal menerima peningkatan pendapatan sekurang-kurangnya 10%.



"Smart Venture"

Program ini pula menawarkan perkhidmatan pembangunan tanah-tanah yang terbiar menjadi ladang. Melalui program ini, tanah-tanah tersebut akan dibangunkan menjadi ladang tanaman seperti yang dipersetujui. Antara tanaman tersebut adalah sawit, kelapa, padi dan tanaman kontan. program ini dijangka memberi manfaat kepada pemilik tanah melalui agihan untung yang diperolehi.



Konsultansi

Program ini ditawarkan kepada organisasi-organisasi yang bukan berorientasikan keuntungan. Namun, mempunyai matlamat yang jelas dalam sektor pertanian. Pelbagai sub program akan diwujudkan melalui kerjasama-kerjasama khusus untuk membantu mereka mencapai objektif masing-masing.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 013-2129824 (Hafis)
atau emailkan pada agricco.biz@gmail.com