AgRicco Tourism


DORANI HOMESTAY




Salam hormat, sebagai langkah pertama untuk mempromosikan sektor pertanian di daerah Sabak Bernam kepada dunia, kami ingin memperkenalkan sebuah pakej percutian yang berkonsepkan homestay. Percutian yang ditawarkan adalah berkosepkan kunjungan ke kampung.

Berikut adalah pakej-pakej yang ditawarkan oleh Dorani Homestay:



Pakej Lawatan sehari (RM 65.00 seorang, minimum 40 orang)

  • bermula jam 10.00 am hingga jam 4.00 pm
  • minum Selamat Datang dan makan tengah hari
  • aktiviti mencanting batik, menumbuk padi dan menggagau ikan (gogoh)



Pakej 2 Hari 1 Malam (RM 120.00 seorang, minimum 40 orang)


  • minum Selamat Datang
  • 1 hidangan makan tengah hari, makan malam dan sarapan pagi
  • aktiviti mencanting batik, menumbuk padi, memancing ikan dan menggagau ikan (gogoh)
  • 'night walking' di sawah padi atau denai tepi sungai
  • lawatan ke kebun mangga, bengkel membuat bahulu/ kerepek pisang, kilang Nata de Coco dan sawah padi



Pakej 3 Hari 2 Malam (RM 198.00 seorang, minimum 40 orang)


  • sambutan Bunga Manggar, kompang dan minum Selamat Datang
  • 2 kali hidangan makan tengahari dan sarapan pagi, 1 hidangan makan malam, 1 hidangan mini BBQ
  • aktiviti mencanting batik, menumbuk padi, memancing ikan dan menggagau ikan (gogoh)
  • 'night walking' di sawah padi atau denai di tepi sungai
  • lawatan ke kebun mangga, sawah padi, bengkel bahulu/ kerepek pisang, dan kilang Nata de Coco
  • persembahan kebudayaan (Tarian Kuda Kepang)


Perhatian: gambar-gambar yang dipamerkan adalah hakmilik pihak ketiga melalui cadangan yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan Dorani Homestay.